Tak ada masalah jika anda mampu, teruskan!!Saya tiada halangan dan masalah dengan impian anda. itulah ganjaran yang perlu anda nikmati hasil penat lelah usaha anda mengumpul kekayaan. apa gunanya menjadi kaya jika anda tidak menikmati semua kemewahan itu??
Tapi, bila sebut mengenai "mampu" ramai orang yang tersilap tafsir dengan istilah itu. ramai orang yang tak mampu tetapi buat-buat mampu apabila tiba bab bermewah-mewahan ini.
Persoalannya??adakah mereka benar-benar "mampu" atau buat-buat mampu??
Mari kita kupas persoalan ini bersama:
Secara umumnya, situasi kewangan bagi pendapatan bulanan manusia boleh dibahagikan kepada 3 golongan.
1) Aliran Tunai Negatif - iaitu golongan manusia yang sentiasa tidak cukup duit. Setiap bulan, mesti nak kena pinjam duit dari rakan-rakan. Golongan ini, jelas kita boleh lihat yang mereka ini tidak berkemampuan. Jika mereka memiliki kereta mewah.. nampak sangat mereka ini hanya “buat-buat” mampu.
2) Aliran Tunai 0 – golongan yang duitnya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan, tiada lebih dan tiada kurang.. hanya cukup2 sahaja.
3) Aliran Tunai Positif – cukup bulan ada duit lebih, dan golongan ini pula terbahagi kepada dua. Ada yang “lebih sikit”.. dan ada yang “lebih baaaaaaanyak.” Jika dulu, sewaktu makan gaji.. mereka ada duit lebih skit (RM100-RM300) , tapi selepas 6 bulan buka perniagaan/pelaburan YYY ini, mereka sudah ada duit lebih yang banyak (RM2,000-RM3,000) memanglah mereka dapat RM20,000- RM30,000 sebulan.. tapi bila dah tolak hutang rumah, kereta, kad kredit, pinjaman bank, belanja makan, anak sekolah bla.. bla.. bla… dan bla.. bla.. bla.. maka, tinggallah baki lebihan dalam RM2-3 ribu sebulan
So.. nak buat apa dengan baki RM2-3 ribu yang lebih setiap bulan ini?….
Kedudukan pendapatan bulanan manusia ini ada 3 jenis, negatif / 0 / positif. Dan seringkali, apabila cashflow bulanan seseorang itu bertukar sahaja menjadi positif.. kita akan mendengar..
" beli mercedes la apa lg kn..kn!!! yea!!!! aku kaya!!
"bulan ni dapat lebih sikit, ingat nak tukar fone la. beli blackberry ke"
"bulan depan dapat bonus, masyuuuuk!!!ada duit lebih nih. aku nak tukar sport rim kete. yesssss!!!"
Itulah antara ayat-ayat yang seringkali kita dengar apabila seseorang itu ada duit lebih sedikit. Tidak kiralah orang itu rakan kita, adik beradik, sedara-mara dan tidak ketinggalan juga, diri kita sendiri.
Pantang cashflow bulanan positif sikit.. mulalah berangan-angan untuk bergaya dan bermewah-mewahan. Sindrom ini menjadi lebih menonjol kepada orang-orang yang berjaya meningkatkan pendapatan mereka secara mendadak dengan cepat (biasanya hasil skim cepat kaya, MLM piramid dan sebagainya).
Orang-orang yang perasan kaya cepat ini, “biasanya” tidak mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang konkrit. Jadi tidak hairanlah jika mereka ini akan menjadi sedikit gelojoh apabila ingin hidup bermewah-mewahan.
Pendapatan cashflow bulanan yang positif, sebenarnya bukanlah tiket untuk hidup bermewah-mewahan. Tetapi, masa yang paling sesuai untuk menikmati kemewahan hidup hasil daripada kekayaan yang telah anda usahakan, adalah apabila….
Pandangan saya, kita boleh bermewah-mewahan bila:
“NILAI BERSIH ANDA POSITIF”
Apa itu nilai bersih? Nilai bersih ialah apabila nilai aset kita melebihi nilai liabiliti kita.
Waktu yang sesuai untuk kita berfoye-foye menikmati hidup mewah adalah apabila nilai bersih kita terus positif walaupun kita menambahkan liabiliti baru ke dalam portfolio kewangan kita.
Sekarang, kira berapa aset dan liabiliti kita. Contohnya, jika aset (RM100,000) dan liabiliti pula (RM95,000). Maka nilai positif kita ialah Rm100,00 – RM95,000 = RM5,000
Setelah mengetahui nilai bersih anda hanyalah RM5,000… maka jika anda ingin bermewah-mewah.. pastikan harga barang mewah anda itu tidak melebihi nilai RM5,000.
Mercedes? Blackberry? Sport rim?….Gunakanlah duit itu untuk menghadiahkan diri kita. Inilah waktunya untuk kita memberikan ganjaran kepada diri kita. Nak hadiah mercedes? Oh no!.. tunggu net worth/ net asset kita menjadi positif RM500,000 ribu. Bagi diri saya, itulah prinsip yang saya pegang. Jika saya ingin bermewah-mewah dan menghadiahkan diri saya sesuatu yang mahal, saya akan pastikan nilai net worth/ net asset saya sudah menjadi positif terlebih dahulu, dan bukannya, berdasarkan cashflow. Bagi saya, mempunyai pendapatan bulanan sehingga RM20-30ribu serta mempunyai nilai cashflow yang positif setiap bulan bukanlah petanda yang sesuai untuk bermewah-mewahan.
Jika anda bermewahan-mewahan berdasarkan nilai cashflow bulanan anda semata-mata, saya berani jamin dalam beberapa tahun lagi.. kita akan “back to the square”. Kembali semula kepada keadaan asal. Banyak hutang dan hanya cukup-cukup sahaja setiap bulan. Sebab itulah kita boleh lihat.. ramai orang yang jadi kaya dengan cepatnya.. biasanya tidak akan berkekalan. (kalau ikut kata orang-orang tua.. mereka akan kata sebab.. duit tu tak berkat!).. sebenarnya, mereka ini tidak mempunyai pengetahuan asas yang kukuh tentang menguruskan kewangan.